Saturday, December 28, 2013
Hembusan Kasturi: Hadis Qudsi
Hembusan Kasturi: Hadis Qudsi: Firman Allah s.w.t dalam sebuah hadis Qudsi bermaksud, "Allah berfirman : Wahai anak Adam, selagi engkau berdoa terhadap-Ku dan berg...
Hadis Qudsi
Firman Allah s.w.t dalam sebuah hadis Qudsi bermaksud,
"Allah berfirman : Wahai anak Adam, selagi engkau berdoa terhadap-Ku dan bergantung harap kepada-Ku, Aku akan mengampuni mu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam walau dosamu memenuhi awan di langit, kemudian engkau memohon ampun dari-Ku , Aku akan mengampuni mu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku , dengan dosa sepenuh bumi dan engkau berjumpa dengan-Ku dalam keadaan engkau tidak syirik pada-Ku sedikit pun , maka Aku akan datang kepadamu sebanyak itu juga dengan pengampunan."
Moga dapat manfaat bersama;
11.30 mlm Ahad
28 Disember 2013
Monday, November 18, 2013
Alam Barzakh
Ahad malam Isnin.... setiap kali ku pejam mata, digambarkan kepadaku orang yang kusayang telah kembali ke rahmatullah.....
Kesedihan mencengkam, mengalir air mata ..... teramat kesedihanku rasakan.....
Apakah hikmah disebaliknya...kenapa aku diperlihatkan... Allah sesungguhnya rahsia ditanganMu jua...
http://youtu.be/YJoh6aQpQH8
Sunday, November 17, 2013
Saat datangnya ujian Allah
Dalam hadis qudsi Allah berfirman :
" Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya".
- Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibrail yang isinya adalah ujian....
Moga mendapat manfaat bersama;
Admin
Monday, October 21, 2013
Allah Maha Melihat
Hari ini kita ketawa
Hari ini kita gembira
Hari ini kita bersukaria
Hari ini kita berbuat sewenang-wenangnya...
Hari esok kita akan bersedih
Hari esok kita akan menangis
Hari esok kita akan berduka
Hari esok kita akan meratap berteriak...
Apabila kebenaran terbuka
Apabila tabir disingkap
Apabila perbuatan ditatap seluruh
Apabila rahsia terpapar....
Allah................
Maha Melihat Maha Mengetahui
Setiap rahsia yang dirahsiakan
Setiap detik hati hambaNya
Ku pohon keampunanMu Ya Allah untuk diriku dan umat seluruh
1.45 pagi....21 Oktober 2013
Saturday, October 12, 2013
Hembusan Kasturi: Puisi Imam Al-Ghazali
Hembusan Kasturi: Puisi Imam Al-Ghazali: Puisi Imam Al-Ghazali Katakan pada para sahabatku Ketika mereka melihatku mati Menangis untukku dan berduka bagiku Janganlah me...
Thursday, October 3, 2013
Puisi Imam Al-Ghazali
Puisi Imam Al-Ghazali
Katakan pada para sahabatku
Ketika mereka melihatku mati
Menangis untukku dan berduka bagiku
Janganlah mengira bahawa jasad yang kau lihat ini adalah aku.
Dengan nama Allah kukatakan padamu ini bukanlah aku
Aku adalah jiwa, sedangkan itu hanyalah selonggok daging
Jasad itu hanyalah rumah dan pakaianku sementara waktu
Aku adalah harta karun azimat yang tersembunyi.
Dibentuk oleh debu yang menjadi singgahsanaku
Aku adalah mutiara yang telah meninggalkan rumahnya
Aku adalah burung dan badan ini hanyalah sangkarku
Kini aku lanjut terbang dan badan ini kutinggal sebagai
kenangan.
Puji Tuhan yang telah membebaskan aku
Dan menyiapkan aku tempat di syurga tertinggi
Hingga hari ini aku sebelumnya mati meskipun hidup diantaramu
Kini aku hidup dalam kebenaran dan pakaian kuburku telah
ditanggalkan.
Kini aku berbicara dengan para malaikat di atas
Tanpa hijab aku bertemu muka dengan Tuhanku
Aku melihat Lauh Mahfuz dan di dalamnya
aku membaca apa yang telah, sedang dan akan terjadi.
Biarlah rumahku runtuh
Baringkan sangkarku di tanah
Buanglah sang azimat
Itu hanyalah sebuah kenang-kenangan, tidak lebih.
Sampingkan jubahku, itu hanyalah baju luarku
Letakkan semua itu dalam kubur
Biarkanlah terlupakan
Aku telah melanjutkan perjalananku dan kalian semua tertinggal.
Rumah kalian bukanlah tempatku lagi
Janganlah berfikir bahawa mati adalah kematian
Tidak....
Itu adalah kehidupan.
Kehidupan yang melampaui semua mimpi kita di sini
Di kehidupan ini, kita diberikan tidur
Kematian adalah tidur
Tidur yang diperpanjangkan.
Janganlah takut ketika mati itu mendekat
Itu hanyalah keberangkatan menuju rumah yang terberkati ini
Ingatlah akan ampunan dan cinta Tuhanmu
Bersyukurlah pada kurniaNya dan datanglah tanpa takut.
Seperti aku yang sekarang ini
Akan berlaku juga kepadamu
Kerana aku tahu kau dan aku adalah sama
Jiwa-jiwa yang datang dari Tuhannya.
Badan-badan yang berasal sama
Baik ataupun jahat semuanya adalah milik kita
Aku sampaikan pada kalian pesan yang menggembirakan
Semoga kedamaian dan kegembiraan Allah menjadi milikmu
selamanya.
Aamiin....Petikan ....Malam Jumaat yang berkat
3 Oktober 2013....11.30 malam
Thursday, September 19, 2013
BERKENAAN NAFSU....
" Jagalah nafsumu baik-baik walaupun ia telah berlegar dalam
ruang ketaatan, kerana bila ia sudah menguasai suasana, ia akan
memesongkan tujuan ketaatan. Maka janganlah engkau lengah
dari menguasainya. Berapa banyak ia telah menipu orang. Ia
menyajikan makanan yang kelihatan segar, padahal didalamnya
ada racun yang membunuh, bukankah racun selalunya diletakkan
pada makanan yang sedap-sedap "
Pesan Imam Busiri Rohimahullah Ta'ala.
11.29 MALAM JUMAAT YANG BERKAH
Tuesday, September 17, 2013
Monday, September 9, 2013
Surah Al-Fatihah Dan Terjemahan
Thursday, September 5, 2013
PERJALANAN INI
Sebuah perjalanan yang tiada bernoktah
Di sini....di dunia ini
Jalan dan terus berjalan
Sehinggakan adakalanya kita alpa
Terlalai dan terleka
Dek keindahan dan keseronokan dunia sementara
Di sini....di dunia ini
Pelbagai ragam warna dan corak
Pelbagai rasa manis pahit menggila
Semuanya kutelan jua
Kerana kutahu perjalanan ini
Hanya laluan, hanya laluan yang telah ditetapkan
Kematian pula adalah perhentian sementara
Persinggahan dan pertukaran tempat
Di situ.... tidak tahu dan tidak tahu
Apakah nasib yang menunggu
Adakah taman-taman syurga
Ataukah lubang-lubang neraka
Nukilanku; 12.21 am
Malam Jumaat yang berkah....Aamiin
Wednesday, August 14, 2013
Firman Allah Yang Maha Agung
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Yaa, Siin.
Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,
Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).
Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran, sebab itulah mereka lalai.
Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.
Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.
Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).
Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya – mereka tidak akan beriman.
Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),
Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu ‘.
Penduduk bandar itu menjawab: “Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta”.
Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,
“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.
Penduduk bandar itu berkata pula: “Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.
Rasul-rasul itu menjawab: “Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau”.
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:” Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -
“Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk”.
Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): “Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?
“Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.
“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
“Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)”,.
(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam Syurga”. Ia berkata; “Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui -
“Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan”.
Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.
(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.
Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.
Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan).
Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan.
Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa matair,
Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;
Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;
Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.
Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, -
Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.
Dan apabila dikatakan kepada mereka: ” berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini), dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat”, (mereka tidak mengindahkannya).
Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya).
Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.
Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): ” Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!”,
Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang – (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).
Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.
Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.
(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): ” Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,
Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.
Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan;
Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;
Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;
(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): “Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
“Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
“Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
“Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
“Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!”
Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
(Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?
(Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang.
Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya?
Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.
Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?
Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).
Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka.
Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”
Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);
“Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu”.
Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) – berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
Benarlah firman Allah Yang Maha Agung.....

Friday, July 12, 2013
Hembusan Kasturi: Pengaduan....PadaMu Ya Rabbi...
Hembusan Kasturi: Pengaduan....PadaMu Ya Rabbi...: 11 Julai 2013, 2 Ramadan, Malam Jumaat yang berkat- 1.00pg Ya Allah.... Hanya padaMu tempatku mengadu... Setiap kesedihanku, seti...
Thursday, July 11, 2013
Pengaduan....PadaMu Ya Rabbi...
11 Julai 2013, 2 Ramadan, Malam Jumaat yang berkat- 1.00pg
Ya Allah....
Hanya padaMu tempatku mengadu...
Setiap kesedihanku, setiap kesakitanku...
Setiap detik hati dan perasaanku....
Setiap keluhan nafasku....
Setiap titis tangisku....
Aku bersyukur Ya Allah
Atas segala nikmat pemberianMu padaku...
Aku redha dengan segalanya...
Walau ada ketikanya aku berkata...
Sungguh berat ujian yang Engkau berikan padaku...
Namun aku redha Ya Allah...
Ya Allah....
Memang benar disebalik kesusahan ada kebaikan...
Disebalik kepayahan terkandung seribu hikmah...
Semuanya dengan izin Mu jua...
Tiada kata-kata sebaik ayat ku catatkan...
Hanya titis tangisku jatuh jua...
Ya Allah...
Aku hambaMu yang terlalu banyak melakukan dosa...
Dosa demi dosa kulakukan saban hari...
Dosa kecil, dosa besar....
Sehingga kurasakan.....
Akulah hambaMu yang terlalu hina kerana banyaknya dosaku....
Ya Allah...
Kesunyian ini amat menyeksakan...
Namun kesunyian ini terubat dikala aku mengingatiMu...
Apabila aku meletakkan cinta lain di hatiku selain Mu...
Akhirnya aku kecewa dan kecewa...
Sehingga aku meletakkan semula cintaMu di hatiku...
Nukilan dan rintihan rasa hati ini...
Setia
Monday, July 1, 2013
Puisi Sufi
Dia berseorangan dengan Tuhan yang satu
Dia tetap satu kerana kehendaknya satu
Aku telah melihat mereka masing-masing di dalam martabatnya
Mereka itu yang mencari Dia
Siapa yang paling jauh berjalan
Paling hampir dengan matlamatnya
Satu dari dunia nyata dengan berkuburnya jiwa
Terbang tinggi ke atas sana
Seorang berseorangan dalam deritanya
Yang satu lagi timbul zauk dari jiwanya
Yang seorang lagi memecahkan ikatan keakuannya
Berseorangan ia terjaga namun bukan seorang saja
Tuhan yang Maha luas kurnianya
Menerima hamba pilihannya
Dengan cinta yang mencurah-curah tiada terhingga
Dari Amru Bin Usman
Sunday, June 30, 2013
Hembusan Kasturi: Bisikan Hati Rintihan Di Malam Hari
Hembusan Kasturi: Bisikan Hati Rintihan Di Malam Hari: Di kala malam yang sunyi sepi bani insan tengah tenggelam dalam tidur dan mimpi musafir yang malang ini tersentak bangun pergi membasuh d...
Saturday, June 29, 2013
Bisikan Hati Rintihan Di Malam Hari
Dikala malam yang sunyi sepi
bani insan tengah tenggelam dalam tidur dan mimpi
musafir yang malang ini tersentak bangunpergi membasuh diri
untuk datang mengadap Mu Tuhan.
Lemah lututku berdiri di hadapan Mu
sedu sedan tangisku keharuan
hamba yang lemah juga mendekat
bersimpuh di bawah duli Kebesaran MU.
Tuhan
Hamba tidak tahu pasti
bagaimana penerimaan Mu
dikala mendengar pengaduan hamba
yang penuh dosa dan noda ini
Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan
Engkau berjanji untuk sedia memberi menerima pengaduan
dan sudi memberi keampunanDan Muhammad Rasul Mu yang mulia itu
ada mengatakan:
Ampunan Tuhan lebih besar dari kesalahan insan
hamba percaya pada tutur kepastian itu
sebab itu hamba datang wahai Tuhan
bukan tidak redha dengan ujian
cuma hendak mengadu pada Mu
tempat hamba kembali nanti
memohon sakinah, maghrifah dan mutmainnah.
sedutan sajak sufi Imam Al-Bukhari
Friday, June 28, 2013
Harta Sepencarian
Kitab At-Turuq al-Hukmiyah karya Ibnu Qayyim al-Juziyyah mengatakan, dalam tuntutan suami isteri membabitkan harta sepencarian, tuntutan hendaklah berdasarkan keterangan pihak yang membuktikan tuntutan itu. Harta sepencarian mengikut syarak ditafsirkan sebagai pemerolehan harta sepanjang tempoh perkahwinan sama ada membabitkan harta alih atau tak alih dan pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Tuntutan biasanya ditimbulkan oleh isteri atau bekas isteri apabila membabitkan sumbangan mereka sepanjang tempoh perkahwinan sama ada secara tak langsung misalnya urusan menguruskan rumah tangga. Sumbangan secara langsung misalnya isteri mengeluarkan modal terutama dalam bentuk kewangan untuk mendapatkan harta dalam tempoh perkahwinan. Begitu juga jika satu pihak itu meninggal dunia, pasangan akan meminta harta itu dibahagikan dulu sebagai harta sepencarian sebelum diisytihar sebagai harta pusaka.
Pemilikan ke atas sesuatu harta bukan berdasarkan kepada nama atas harta itu semata-mata kerana nama tertera belum membuktikan dia pemilik sebenar. Kenyataan itu dibuat dengan maksud adalah satu kezaliman jika hak milik sesuatu harta hanya diambil kira berdasarkan nama atas harta itu semata-mata sedangkan pihak satu lagi mungkin menyumbang cuma namanya tidak dinyatakan ke atas harta berkenaan.
Rasional keharusan pembahagian harta sepencarian menunjukkan pengiktirafan syarak terhadap hak, habuan dan pemilikan pihak berusaha mendapatkan harta itu sepanjang perkahwinan. Hukum harta sepencarian tidak dinyata secara jelas. Cuma pembahagian itu dibuat bersandarkan kemaslahatan pihak atas prinsip keadilan dan hak.
Pembahagian harta sepencarian ke atas seorang isteri ditentukan setakat harta yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan.
Ini termasuk sumbangan isteri menguruskan rumah tangga, menjaga anak, melayan suami, menyebabkan suami merasa kehidupan yang tenang dan dapat menumpukan kerjaya sehingga suami dapat memperoleh harta dalam tempoh perkahwinan mereka.
Seksyen 122 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 (EUKIS 2003 menetapkan: Mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintah supaya aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama dibahagikan antara mereka atau supaya aset yang diperoleh pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan dibahagikan antara pihak-pihak itu.
Perbezaan harta sepencarian dan faraid adalah faraid pembahagian harta pusaka yang ditetapkan syarak kepada para ahli waris. Ada tiga golongan ahli waris yang melayakkan mereka menerima harta pusaka, pertama, melalui hubungan keturunan, perkahwinan dan juga wala' (hubungan kekeluargaan). Isteri termasuk dalam golongan waris yang layak menerima pusaka melalui hubungan perkahwinan.
Saturday, June 22, 2013
Khasiat Bawang Putih
Khasiat Yang Terdapat Pada Bawang Putih
1. Kajian telah membuktikan bahawa bawang putih mengandungi antioksidan dan sebatian sulfur yang disebut Allicin. Ketika bawang putih dicincang dan dihancurkan, sebatian ini berubah bentuk menjadi rasa dan bau. Sebatian Allicin tersebut dianggap sebagai bahan aktif utama yang bertanggung jawab bagi manfaat bawang putih untuk kesihatan. Para ahli menyokong penggunaan bawang putih tua yang terbukti mengandungi konsetrasi tertinggi dari sebatian sulfur yang mudah diserap oleh tubuh.
2. Satu auns bawang putih mengandungi sekitar 42 kalori, 9 gram karbohidrat, 2 gram protein dan 1 gram lemak. Ia juga mengandungi mangan, vitamin B6 dan vitamin C serta merupakan sumber yang baik daripada thiamin atau vitamin B1, fosforus, selenium, kalsium, potasium, zat besi dan tembaga.
3. Bawang putih ini sering disyorkan untuk menjadi alternatif suplemen kesihatan bagi pesakit kolesterol tinggi, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan mencegah kanser, seperti kanser perut atau usus. Walau bawang putih dianggap mempunyai kandungan toksisiti (zat beracun) yang rendah, namun ada perkara yang patut diwaspadai ketika menggunakannya, kerana boleh mengganggu keadaan perut, pernafasan dan bau badan, sakit ulu hati dan kembung.
4. Bawang putih juga dikatakan membantu mengawal tahap gula dalam darah. Penggunaan terapeutikekstrak bawang putih tua secara teratur dan berpanjangan menurunkan paras darah dan menunjukkan pencegahan sesetengah komplikasi diabetes . Mereka yang mengambil insulin tidak harus mengambil bawang putih tanpa berunding dengan doktor terlebih dahulu.
5. Bawang putih digunakan sebagai ubat jangkitan (terutamanya masalah dada), gangguan pencernaan, dan jangkitan kulat. Bawang putih boleh digunakan sebagai penyah-jangkitan kerana sifat bakteriostatik dan bacteriocidal.
6. Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah,menghalang pertumbuhan bakteria dan digunakan sebagai antibiotik semulajadi.
7. Bawang putih didapati boleh mencegah selesema biasa. Ciri ciri antivirus dan antibakteria memungkinkan ia menjadi sebab mengapa bawang putih bermanafaat untuk selsema. Bawang putih mentah dimakan untuk mengurangkan sakit selesema.
Wednesday, June 19, 2013
Sabda nabi Muhammad s.a.w, "belajarlah al-quran serta bacalah kerana perumpamaan al-quran bagi orang yang mahu belajar,membaca dan melaksankannya adalah seperti 1 bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat. Dan perumpamaan orang yang mahu memperlajarinya dan ia lupa (mengamalkannya), maka di hatinya seperti ada 1 bekas wangian kasturi yang masih tertutup." (Riwayat at-Tarmizi)
Pokok Kasturi
Pokok Kasturi | |
---|---|
Pokok Kasturi merupakan pokok yang malar hijau yang tumbuh di selatan Asia. Nama saintifiknya dalah Abelmoschus moschatus / Hibiscus abelmoschus L
Pokok Kasturi merupakan pokok haruman dan perubatan dalam keluarga Malvaceae, yang merupakan pokok tempatan di India. Biji benihnya mempunyai bau wangi, bunga, berat seperti musk. Sungguhpun ia berasal dari kawasan tropika ia tahan sejuk fros.
Dikenali juga sebagai pokok kapas hantu. Ubi, buah dan pucuk pokok kasturi boleh dimakan. Bijinya mengandungi minyak 'fatty musky' dan mempunyai bauan amber. Ia berguna dalam pembuatan minyak wangi.
Biji benih pokok ini mempunyai aroma harum yang dikenali sebagai grani moschi. Bijinya juga dimasukkan ke dalam kopi Arab sebagai penambah rasa. Biji benihnya juga boleh digunakan untuk merawat sakit tekak/ sakit kerongkong.
Daun dan akar digunakan untuk merawat penyakit gonorrhea. Ia juga baik untuk penghadaman dan penyegar nafas. Selain itu, ia dikatakan mampu mengatasi kekejangan, masalah peredaran darah, sakit sendi, dan berfungsi sebagai aromaterapi. Ia juga dianggap racun serangga dan afrodisiak. Lendir daripada akar pokok ini digunakan dalam industri pembuatan kertas dan bunganya dicampur bersama tembakau untuk memberi aroma dan perisa bunga.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Old Town Of Lijiang Yunnan China Disember 2019
Disember 2019 di Old Town Of Lijiang Yunnan China. Masa ni awal musim sejuk tapi cuaca dah cukup sejuk siang antara 6C - 7C dan malam hingga...

-
Pokok Kasturi Pokok Kasturi merupakan pokok yang malar hijau yang tumbuh di selatan Asia . Nama saintifiknya dalah Abelmosch...
-
Di sini aku berdiri, disaat ini aku berdiri dan terpaku di sini mengimbau kembali coretan hidup ini, mengenang kembali catatan garisan ini....