Puisi Imam Al-Ghazali
Katakan pada para sahabatku
Ketika mereka melihatku mati
Menangis untukku dan berduka bagiku
Janganlah mengira bahawa jasad yang kau lihat ini adalah aku.
Dengan nama Allah kukatakan padamu ini bukanlah aku
Aku adalah jiwa, sedangkan itu hanyalah selonggok daging
Jasad itu hanyalah rumah dan pakaianku sementara waktu
Aku adalah harta karun azimat yang tersembunyi.
Dibentuk oleh debu yang menjadi singgahsanaku
Aku adalah mutiara yang telah meninggalkan rumahnya
Aku adalah burung dan badan ini hanyalah sangkarku
Kini aku lanjut terbang dan badan ini kutinggal sebagai
kenangan.
Puji Tuhan yang telah membebaskan aku
Dan menyiapkan aku tempat di syurga tertinggi
Hingga hari ini aku sebelumnya mati meskipun hidup diantaramu
Kini aku hidup dalam kebenaran dan pakaian kuburku telah
ditanggalkan.
Kini aku berbicara dengan para malaikat di atas
Tanpa hijab aku bertemu muka dengan Tuhanku
Aku melihat Lauh Mahfuz dan di dalamnya
aku membaca apa yang telah, sedang dan akan terjadi.
Biarlah rumahku runtuh
Baringkan sangkarku di tanah
Buanglah sang azimat
Itu hanyalah sebuah kenang-kenangan, tidak lebih.
Sampingkan jubahku, itu hanyalah baju luarku
Letakkan semua itu dalam kubur
Biarkanlah terlupakan
Aku telah melanjutkan perjalananku dan kalian semua tertinggal.
Rumah kalian bukanlah tempatku lagi
Janganlah berfikir bahawa mati adalah kematian
Tidak....
Itu adalah kehidupan.
Kehidupan yang melampaui semua mimpi kita di sini
Di kehidupan ini, kita diberikan tidur
Kematian adalah tidur
Tidur yang diperpanjangkan.
Janganlah takut ketika mati itu mendekat
Itu hanyalah keberangkatan menuju rumah yang terberkati ini
Ingatlah akan ampunan dan cinta Tuhanmu
Bersyukurlah pada kurniaNya dan datanglah tanpa takut.
Seperti aku yang sekarang ini
Akan berlaku juga kepadamu
Kerana aku tahu kau dan aku adalah sama
Jiwa-jiwa yang datang dari Tuhannya.
Badan-badan yang berasal sama
Baik ataupun jahat semuanya adalah milik kita
Aku sampaikan pada kalian pesan yang menggembirakan
Semoga kedamaian dan kegembiraan Allah menjadi milikmu
selamanya.
Aamiin....Petikan ....Malam Jumaat yang berkat
3 Oktober 2013....11.30 malam
No comments:
Post a Comment