Monday, July 1, 2013

Puisi Sufi


Dia berseorangan dengan Tuhan yang satu
Dia tetap satu kerana kehendaknya satu
Aku telah melihat mereka masing-masing di dalam martabatnya
Mereka itu yang mencari Dia

Siapa yang paling jauh berjalan
Paling hampir dengan matlamatnya
Satu dari dunia nyata dengan berkuburnya jiwa
Terbang tinggi ke atas sana

Seorang berseorangan dalam deritanya
Yang satu lagi timbul zauk dari jiwanya
Yang seorang lagi memecahkan ikatan keakuannya
Berseorangan ia terjaga namun bukan seorang saja

Tuhan yang Maha luas kurnianya
Menerima hamba pilihannya
Dengan cinta yang mencurah-curah tiada terhingga

Dari Amru Bin Usman

No comments:

Old Town Of Lijiang Yunnan China Disember 2019

Disember 2019 di Old Town Of Lijiang Yunnan China. Masa ni awal musim sejuk tapi cuaca dah cukup sejuk siang antara 6C - 7C dan malam hingga...