Thursday, September 5, 2013

PERJALANAN INI


Sebuah perjalanan yang tiada bernoktah
Di sini....di dunia ini
Jalan dan terus berjalan
Sehinggakan adakalanya kita alpa
Terlalai dan terleka
Dek keindahan dan keseronokan dunia sementara

Di sini....di dunia ini
Pelbagai ragam warna dan corak
Pelbagai rasa manis pahit menggila
Semuanya kutelan jua
Kerana kutahu perjalanan ini
Hanya laluan, hanya laluan yang telah ditetapkan

Kematian pula adalah perhentian sementara 
Persinggahan dan pertukaran tempat
Di situ.... tidak tahu dan tidak tahu
Apakah nasib yang menunggu
Adakah taman-taman syurga
Ataukah lubang-lubang neraka

Nukilanku; 12.21 am
Malam Jumaat yang berkah....Aamiin

No comments:

Old Town Of Lijiang Yunnan China Disember 2019

Disember 2019 di Old Town Of Lijiang Yunnan China. Masa ni awal musim sejuk tapi cuaca dah cukup sejuk siang antara 6C - 7C dan malam hingga...