Masa era 70an dulu kami orang kampung semua memasak menggunakan dapur kayu. Dapur kayu tu baba buat sendiri. Orang kampung yang lain pun macam tu juga. Dapur kayu tu berbentuk empat persegi dan sebesar meja berukuran 1meter x 1meter. Ada dua tungku bermaksud boleh masak pada 2 tempat sebelah menyebelah.
Masa tu aku kecil lagi jadi aku tengok jelah mak guna dapur kayu. Masa kecil banyak juga aku habiskan masa bersama nenek yang kami panggil 'mak o'. Mak o ni nenek aku sebelah mak. Mak O pun memasak guna dapur kayu. Masakan mak O memang sedap kalah masakan mak. Sori mak jangan marah ☺. Tapi memang masakan mak O sedap. Yang paling aku suka sambal tai minyak.
Pergh masih terasa dan teringat-ingat rasa masakan tu. Mak O masak apapun semua sedap, memang air tangan orang tua ni masak dengan kasih sayang melalui hati sebab tu rasa masakan tu pun pergi ke hati juga.
Inilah nenekku sebelah mak yang aku panggil Mak o.
Kat kampung kami masa tu ada hutan pokok gelam. Banyak sungguh pokok kayu gelam masa tu. Kayu gelam tu kami jadikan kayu untuk memasak. Yang bestnyer bila tiba masa nak cari kayu gelam tu aku mesti ikut nenek, mak, mak sedara dan sepupu sepapat semua redah hutan potong pokok kayu gelam. Pokok kayu yang dah ditebang tu diikat dan dilepaskan dalam sungai untuk buat 'kayu hanyut'. Kami yang kecik kecik ni bukan main suka lagi time ni. Apa taknya masa ni la dapat naik rakit kayu hanyut pokok gelam. Memang best giler. Masa tu juga kami akan cari paku pakis untuk dibuat lauk memang sedap. Masa kecik ni selalu juga kami makan lauk ni.
Seharian lebih banyak masa bersama mak o kat rumah mak o. Selalu tolong mak o dan ikut aktiviti dia. Sayang sangat rindu rasanya.... selalu ikut mak o pergi kerja kat rumah orang tua-tua bersihkan reban ayam, cabut rumput dan bersihkan kawasan situ.
Bila malam kebiasaannya aku akan tidur di rumah mak O temankan mak O tidur sebab atuk kami dah 'takde' masa ni. Antara rumah mak dan rumah mak o tak jauh sekampung je. Jalan kaki je kalau nak ke sana. Masa ni dan cerita ni semua masa aku berumur bawah 12 tahun. Bila tido dengan mak o yang bestnyer setiap malam sebelum tidur pasti mak O akan bercerita hinggalah aku terlelap. Cerita zaman perang Jepun, cerita 7 helai rambut emas, cerita putera raja... banyak lagi la cerita mak O.
Datuk aku sebelah mak pula namanya Ali. Datuk ni asal dari India bangsa Punjabi. Nama asal dia Ramdas. Dia datang ke Tanah Melayu masa tu sebelum merdeka. Dulu panggil Tanah Melayu tapi sekarang Malaysia. Datuk dah meninggal sewaktu adik beradik mak masa kecil lagi dan masa umur mak belasan tahun. So kami memang tak pernah jumpalah gamaknya. Cuma selalu dengar mak o dan mak bercerita tentang datuk. Dari cerita mak o, datuk Ali dah berkeluarga dan ada anak sebelum datang ke sini. Oh rupanya kami ada sedara mara yang tak kenal juga la di India sana. Hrmmm dah tak kenal camana nak jejak kasih kan....
Datuk Ali.
Ok la rasanya setakat ni dulu citer kali ni sebab mata pun dah berat. Nanti akan upload gambar atuk dan nenek.
Sabtu malam Ahad
12.39 mlm.
No comments:
Post a Comment