Monday, October 31, 2016
Kenangan Terindah 2
Hari ni terbuka hati nak bercerita lagi kenangan atau kisah hidup semasa zaman kanak-kanakku. Masa tu aku sama macam budak-budak kampung yang lain, balik sekolah je menjelanak satu kampung hehe.... Aku ada teman rapat bermain masa kecik ni nama dia Syidah, Norsyidah, Nazri dan lagi sorang tu aku panggil dak Li. Hampir setiap hari kami akan bermain sama-sama. Dengan dak Syidah dan dak Nor biasanya kami akan main pondok-pondok, main kawin-kawin hehe kelakar bunyinyer dan macam-macam lagilah. Kalau tak pun kami akan dok lepak-lepak jer berbual. Kalau dak Li ada kami akan main kad. Masa era70an 80an memang popular kad permainan macam ni. Memang seronok la kalau main kad ni, nostalgia...
Ni lah kad permainan kami dulu.
Kalau citer tentang bab hati dan perasaan ni aku dari kecik lagi memang dah ada cinta hati. Agaknya memang itu cinta pertama aku kot. Walaupun masa tu aku budak-budak lagi tapi dah ada rasa sayang pada seseorang. Aku suka sangat tengok wajah dia. Rasa sayang ni berlangsung jauh.... dari zaman sekolah rendah hingga meningkat remaja. Kebetulan aku mengaji kat rumah mak dia.
Waktu petang bila pergi mengaji tu aku mesti mencuri pandang wajah dia. Aku pun perasan dia pun suka kat aku dan dia juga selalu mencari-cari wajah aku hehe...
Dia boleh dikatakan anak manja juga mak ayah dia sebab dia anak bongsu dalam adik beradik. Dan dah tentu dapat sepenuh perhatian dari mereka. Mak ayah dia pun kira orang baik-baik dan dihormati dalam kampung kami. Ayah dia cikgu. Nazri ni berkulit cerah dan boleh dikatakan hensem jugalah pada mata aku. Itu pandangan rasa seorang kanak-kanak tau. Kami memanglah teman sepermainan tapi antara Nazri dan dak Li aku lebih ada hati pada Nazri. Kelakarkan ... ini citer cinta budak-budak. Agaknya kanak-kanak zaman sekarang pun sama macam ni juga.Ada hati dan perasaan macam ni kan...
Bila kami melepasi peringkat sekolah rendah dan masuk ke tingkatan satu kami terpisah. Aku bersekolah di Durian Daun Melaka manakala Nazri pula yang aku dengar dari mulut mak, Nazri masuk sekolah berasrama. Dari situ kami terpisah walaupun dihati sering merindui kenangan kami bersama-sama. Aku masih mencari-cari sumber supaya kami dapat berhubung tapi hampa. Cuma sesekali aku terlihat kelibat Nazri lalu depan rumah mak dan ada sekali dua kami bertembung dan bertentang mata tetapi lidah kami kelu untuk bertegur sapa cuma senyuman terukir dibibir.
Dan masa pun berlalu begitu saja....
Ok stop dulu bercerita tentang teman sepermainanku ini, lain kali ada masa terluang sambung lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Old Town Of Lijiang Yunnan China Disember 2019
Disember 2019 di Old Town Of Lijiang Yunnan China. Masa ni awal musim sejuk tapi cuaca dah cukup sejuk siang antara 6C - 7C dan malam hingga...

-
Pokok Kasturi Pokok Kasturi merupakan pokok yang malar hijau yang tumbuh di selatan Asia . Nama saintifiknya dalah Abelmosch...
-
Di sini aku berdiri, disaat ini aku berdiri dan terpaku di sini mengimbau kembali coretan hidup ini, mengenang kembali catatan garisan ini....
No comments:
Post a Comment