Tuesday, November 22, 2016

Selamanya Cintaku Untukmu

Selamanya selalu disisiku
Berjanji kita akan bertemu semula
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kita...... dua jasad berbeza tapi hati berdegup menjadi satu
Jadilah milikku selamanya
Jangan pernah tinggalkan daku
Engkaulah senjaku
Keranamu dan untukmu hatiku pedih

Dan hanya kamu yang bisa mengurangkan kesakitan itu
Aku hanya ada satu permintaan
Jadilah milikku selamanya
Dan jangan pernah tinggalkan daku

Kedua-dua duniaku ada didalam pelukanmu
Kemana kau pergi disitulah syurgaku
Jika api keinginan ini membara
Ia membara dari semua penjuru
Aku berdoa agar api ini tidak merebak jauh

Kaulah keinginanku
Aku mencintaimu adalah kata-kata didalam bait puisiku 
Akulah iramamu
Aku dahaga hanya untukmu
Di dalam darahku terus begini seperti memabukkan
Penuhi keinginan cintaku ini
Jadilah milikku selamanya
Dan jangan pernah tinggalkan daku

(Petikan lagu puisi cinta)
5.30 ptg
22/11/2016
Selasa



https://www.4shared.com/mp3/F8FUeeyBce/DiwaleJanamJanam.html

Friday, November 18, 2016

Mendung Cuaca

Dirembang petang Jumaat ini
Bersama titisan renyai hujan
Bersama sejuknya musim yang hadir
Bersama mendungnya situasi sekitar
Begitu indah ciptaan Mu Tuhan

Dirembang petang Jumaat ini
Aku menyaksikan berbagai tingkah laku manusia
Mengejar dan berusaha untuk kehidupan
Selaku insan layaknya mereka
Itu sebenarnya kehidupan

Aku bersyukur padaMu Tuhanku
Aku bersyukur di atas segala nikmat pemberianMu
Terlalu banyak nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku
HambaMu ini yang banyak dosa ini
Meskipun begitu kasih sayangMu tidak pernah berbelah bagi
Tetap memberikan rezekiMu seluas-luasnya


Petang Jumaat
18/11/2016
Jam 5.33ptg

Friday, November 11, 2016

Dalam Renungan Itu

Dalam renungan itu
Dalam redup mata yang resah
Menggambarkan seribu rasa
Yang tidak dapat dizahirkan
Rasa rindu yang dalam
Tiada perkataan sebaik rasa hendak ku suratkan daripada yang tersirat
Dalam renungan mata berkaca
Terluruh jua gerimis malam
Saban hari dan waktu sunyiku
Dan dalam erat pelukan angin malam ini
Membuat resah tidurku dek kerinduan mencengkam
Kenapa aku jadi begitu....

Khamis malam Jumaat yang berkat
10 November 2016
Jam 12.50

Sunday, November 6, 2016

Pengaduanku padaMu

Tuhanku....
Tika dinihari ini aku masih tidak dapat melelapkan mata
PadaMu ku mengadu dalam sujudku yang panjang
Menghela tarikan nafasku dalam sujudku terasa betapa kerdilnya aku
Betapa lemahnya aku sebagai seorang insan
Betapa lelahnya aku menghadapi ujianMu tuhan

Tuhanku
Ampuni aku hambaMu yang berdosa
Begitu tangan-tangan insan menghukumku
Namun aku yakin dan pasti setelah sekian lama yang Engkau tunjukkan
Dia yang aku cintai dalam ratap tangisku padaMu
Dan sesungguhnya aku yakin dengan sebenar-benarnya
'Tidak ada daya upaya melainkan dengan kekuasaanMu yang Maha Besar'
Aamiin ya Rab...

2.05pg.






Kenangan terindah 3

Hari Sabtu malam Ahad ni nampaknya memori zaman kanak-kanak muncul lagi dalam benak fikiranku. Macam komputer bila dah save dalam memori tu bila-bila masa kita boleh compile balik.

Masa era 70an dulu kami orang kampung semua memasak menggunakan dapur kayu. Dapur kayu tu baba buat sendiri. Orang kampung yang lain pun macam tu juga. Dapur kayu tu berbentuk empat persegi dan sebesar meja berukuran 1meter x 1meter. Ada dua tungku bermaksud boleh masak pada 2 tempat sebelah menyebelah.


Masa tu aku kecil lagi jadi aku tengok jelah mak guna dapur kayu. Masa kecil banyak juga aku habiskan masa bersama nenek yang kami panggil 'mak o'. Mak o ni nenek aku sebelah mak. Mak O pun memasak guna dapur kayu. Masakan mak O memang sedap kalah masakan mak. Sori mak jangan marah ☺. Tapi memang masakan mak O sedap. Yang paling aku suka sambal tai minyak.

Pergh masih terasa dan teringat-ingat rasa masakan tu. Mak O masak apapun semua sedap, memang air tangan orang tua ni masak dengan kasih sayang melalui hati sebab tu rasa masakan tu pun pergi ke hati juga.






                                        Inilah nenekku sebelah mak yang aku panggil Mak o.



Kat kampung kami masa tu ada hutan pokok gelam. Banyak sungguh pokok kayu gelam masa tu. Kayu gelam tu kami jadikan kayu untuk memasak. Yang bestnyer bila tiba masa nak cari kayu gelam tu aku mesti ikut nenek, mak, mak sedara dan sepupu sepapat semua redah hutan potong pokok kayu gelam. Pokok kayu yang dah ditebang tu diikat dan dilepaskan dalam sungai untuk buat 'kayu hanyut'. Kami yang kecik kecik ni bukan main suka lagi time ni. Apa taknya masa ni la dapat naik rakit kayu hanyut pokok gelam. Memang best giler. Masa tu juga kami akan cari paku pakis untuk dibuat lauk memang sedap. Masa kecik ni selalu juga kami makan lauk ni.


Seharian lebih banyak masa bersama mak o kat rumah mak o. Selalu tolong mak o dan ikut aktiviti dia. Sayang sangat rindu rasanya.... selalu ikut mak o pergi kerja kat rumah orang tua-tua bersihkan reban ayam, cabut rumput dan bersihkan kawasan situ.


Bila malam kebiasaannya aku akan tidur di rumah mak O temankan mak O tidur sebab atuk kami dah 'takde' masa ni. Antara rumah mak dan rumah mak o tak jauh sekampung je. Jalan kaki je kalau nak ke sana. Masa ni dan cerita ni semua masa aku berumur bawah 12 tahun. Bila tido dengan mak o yang bestnyer setiap malam sebelum tidur pasti mak O akan bercerita hinggalah aku terlelap. Cerita zaman perang Jepun, cerita 7 helai rambut emas, cerita putera raja... banyak lagi la cerita mak O.


Datuk aku sebelah mak pula namanya Ali. Datuk ni asal dari India bangsa Punjabi. Nama asal dia Ramdas. Dia datang ke Tanah Melayu masa tu sebelum merdeka. Dulu panggil Tanah Melayu tapi sekarang Malaysia. Datuk dah meninggal sewaktu adik beradik mak masa kecil lagi dan masa umur mak belasan tahun. So kami memang tak pernah jumpalah gamaknya. Cuma selalu dengar mak o dan mak bercerita tentang datuk. Dari cerita mak o, datuk Ali dah berkeluarga dan ada anak sebelum datang ke sini. Oh rupanya kami ada sedara mara yang tak kenal juga la di India sana. Hrmmm dah tak kenal camana nak jejak kasih kan....






                                                                      Datuk Ali.



Ok la rasanya setakat ni dulu citer kali ni sebab mata pun dah berat. Nanti akan upload gambar atuk dan nenek.


Sabtu malam Ahad

12.39 mlm.





Monday, October 31, 2016

Kenangan Terindah 2


Hari ni terbuka hati nak bercerita lagi kenangan atau kisah hidup semasa zaman kanak-kanakku. Masa tu aku sama macam budak-budak kampung yang lain, balik sekolah je menjelanak satu kampung hehe.... Aku ada teman rapat bermain masa kecik ni nama dia Syidah, Norsyidah, Nazri dan lagi sorang tu aku panggil dak Li. Hampir setiap hari kami akan bermain sama-sama. Dengan dak Syidah dan dak Nor biasanya kami akan main pondok-pondok, main kawin-kawin hehe kelakar bunyinyer dan macam-macam lagilah. Kalau tak pun kami akan dok lepak-lepak jer berbual. Kalau dak Li ada kami akan main kad. Masa era70an 80an memang popular kad permainan macam ni. Memang seronok la kalau main kad ni, nostalgia...


                                                    Ni lah kad permainan kami dulu.



                         
Kalau citer tentang bab hati dan perasaan ni aku dari kecik lagi memang dah ada cinta hati. Agaknya memang itu cinta pertama aku kot. Walaupun masa tu aku budak-budak lagi tapi dah ada rasa sayang pada seseorang. Aku suka sangat tengok wajah dia. Rasa sayang ni berlangsung jauh.... dari zaman sekolah rendah hingga meningkat remaja. Kebetulan aku mengaji kat rumah mak dia. 
Waktu petang bila pergi mengaji tu aku mesti mencuri pandang wajah dia. Aku pun perasan dia pun suka kat aku dan dia juga selalu mencari-cari wajah aku hehe... 

Dia boleh dikatakan anak manja juga mak ayah dia sebab dia anak bongsu dalam adik beradik. Dan dah tentu dapat sepenuh perhatian dari mereka. Mak ayah dia pun kira orang baik-baik dan dihormati dalam kampung kami. Ayah dia cikgu. Nazri ni berkulit cerah dan boleh dikatakan hensem jugalah pada mata aku. Itu pandangan rasa seorang kanak-kanak tau. Kami memanglah teman sepermainan tapi antara Nazri dan dak Li aku lebih ada hati pada Nazri. Kelakarkan ... ini citer cinta budak-budak. Agaknya kanak-kanak zaman sekarang pun sama macam ni juga.Ada hati dan perasaan macam ni kan...


Bila kami melepasi peringkat sekolah rendah dan masuk ke tingkatan satu kami terpisah. Aku bersekolah di Durian Daun Melaka manakala Nazri pula yang aku dengar dari mulut mak, Nazri masuk sekolah berasrama. Dari situ kami terpisah walaupun dihati sering merindui kenangan kami bersama-sama. Aku masih mencari-cari sumber supaya kami dapat berhubung tapi hampa. Cuma sesekali aku terlihat kelibat Nazri lalu depan rumah mak dan ada sekali dua kami bertembung dan bertentang mata tetapi lidah kami kelu untuk bertegur sapa cuma senyuman terukir dibibir. 

Dan masa pun berlalu begitu saja....

Ok stop dulu bercerita tentang teman sepermainanku ini, lain kali ada masa terluang sambung lagi.



Wednesday, October 26, 2016

Rasa cinta ini

Rasa Cinta...
Anugerah yang telah diberikan olehNya
Kepada sekalian hamba-hambaNya...

Sebuah naluri yang sukar difahami
Begitu sukar dimengerti untuk ditafsirkan dengan kata-kata...

Rasa cinta ini telah terpahat kuat dihati kami
Jiwa resah untuk melafazkan pada awalnya
Sehingga diberi kekuatan melingkari masa dan usia...

Melewati waktu ini sekian kalinya
Meresahkan jiwa-jiwa insan
Tetap kami harungi demi rasa cinta ini...

Aku dan Jiwaku


Ketika ini dan disaat ini
Tidak sedikit airmataku tumpah jua 
Walau puas kubendung
Ia tetap mengalir dengan derasnya...

Hati ini jiwa ini terasakan pedihnya

Mengenang kembali liku-liku hidupku
Bergelumang dengan perasaan bercampur baur
Tak siapa mengerti
Hanya aku dan jiwaku...

Aku tidak pernah meminta dan

Tidak pernah terfikir untuk berada di tempatku ini sekarang
Adakah kamu mengerti?
Adakah kamu mengetahui?
Adakah kamu memahami?
Segala apa yang aku tanggung?
Hanyalah aku dan jiwaku...

Sehingga aku

Dipertemukan dengan seseorang
Seseorang yang memberi kembali sinar hidupku
Seseorang yang mengembalikan ceria tawaku
Seseorang yang memberi kekuatan untukku bangkit kembali
Seseorang yang memberi kekuatan cintanya kepadaku...

Sesungguhnya dengan tegas ku yakin

Bahawa pertemuan ini 
Memang telah dirancang dan ditakdirkan olehNya, Rabbul Jalil...

Walau enam tahun telah berlalu

Walau memakan masa yang lama
Hubungan ini tetap utuh
Malah semakin utuh
Jauh disudut hati kecilku 
Tidak pernah mengharapkan apa-apa
Melainkan hanya kasih sayangnya
Namun
Tiada siapa yang mengerti
Hanya aku dan jiwaku...

Sejak pertemuan pertama kali

Yang tidak kami rancang ini
Hatiku telah terdetik memberitahu sesuatu
Hatiku memberitahu sesuatu
Yang aku sendiri tidak mengerti
Dan tidak dapat memahami
Adakah ini yang dinamakan 'cinta'
Sehingga berlalu masa sekian lama
Hubungan ini tetap di sini
Malah makin mekar dengan keizinanNya...


Nukilanku,

(Ampunilah aku Tuhanku,
HambaMu yang berdosa)

12.00 tgh mlm

Selasa malam Rabu

Friday, October 21, 2016

Kenangan Terindah

Di sini aku berdiri, disaat ini aku berdiri dan terpaku di sini
mengimbau kembali coretan hidup ini, mengenang kembali catatan garisan ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Teringat kembali memori zaman kanak-kanakku ....

Aku anak ke-lima dalam kalangan adik beradikku yang seramai 8 orang dan dikira agak lama juga mendapat kasih sayang dari keluarga kerana beza umurku dengan adik di bawah aku agak jauh juga. Cuma setelah aku berumur 8 tahun baru aku dapat adik.
Kehidupan kami sekeluarga pada masa itu agak susah juga kerana ayah hanya bekerja sendiri menyewa sawah dan mengerjakan sawah orang. Bertukang rumah juga antara pekerjaan ayahku. Ayahku juga yang aku panggil dengan panggilan 'baba' bekerja di kilang getah Tong Bee Melaka. Setiap kali baba balik dari kerja pasti dibawanya sekali bau haruman dari kilang getah yang boleh dikatakan agak 'busuk' . Tapi kami tetap bersyukur kerana itulah rezeki yang Allah s.w.t berikan buat kami sekeluarga. 



                                                                 Sekadar gambar hiasan.


Bebas bermain di kampung bersama kawan-kawan memang seronok. Selalunya main pondok-pondok, main sembunyi-sembunyi. Tiap hari balik je dari sekolah apalagi kami akan bermain ler bukan macam budak zaman sekarang ni sibuk dengan study. Dulu tak ingat belajar sangat, belasah je belajar tapi bila exam dapat markah baik juga. Baba aku ada basikal. Naik basikal 'Jaguar' baba redah satu kampung , maklum le dulu masa kecil mana ada basikal sendiri jadi basikal baba le jadi bahan aku. Macam minah kampung naik basikal hehe.. Basikal tu baba guna untuk angkut guni padi. Meronda satu kampung naik basikal, kalau takde basikal pun akan meronda juga satu kampung dengan kawan-kawan. Teroka ler apa yang patut kat kampung kami tu. Ada satu rumah kosong lama pun jadi tempat kami teroka, takde pun rasa takut walaupun kat bawah rumah tu ada kubur lama. 

Hobi aku dari kecil sampai sekarang suka kumpul duit syiling lama. Adalah sikit dalam simpanan hingga sekarang. Dari sekolah rendah dah minat kumpul duit syiling lama, kumpul stem lama dan luar negara dan kumpul duit kertas lama dan luar negara. Duit syiling tu ada yang aku jumpa masa nak gi sekolah rendah dulu kat atas tanah je.




                                                                Sekadar gambar hiasan.





                                                                Sekadar gambar hiasan.                                            


Baba seorang yang penyayang dan lemah lembut cuma adakalanya sesekali akan memarahi kami jika bergaduh adik beradik. Biasalah budak-budakkan. Pernah baba patahkan raket badminton kakak aku kerana dia berebut raket tu dengan abangku semasa nak bermain badminton huhu takutnyer aku pada masa tu. Aku cuma memerhatikan sahaja kakak dan abangku dimarahi baba. Aku terselamat kerana aku hanya menggunakan raket 'tudung periuk' mak. haha kelakar bunyinya...
Mak pasti akan merungut bila aku guna tudung periuknyer buat main badminton, apa taknya dah pasti tudung periuk mak jadi kemek tapi lama kelamaan mak pun dah malas nak cakap lagi, jadi kekallah aku dengan raket tudung periuk tu.

Mak pula seorang yang penyayang, baik, lemah lembut tetapi agak tegas dalam membesarkan kami adik beradik. Mak memang bertegas kalau anak-anak dia tak dengar cakap. Pernah juga aku terleka bermain hingga masuk waktu maghrib, apalagi mak pun patahkan ranting rambutan dan aku kena sebat dengan ranting tu. Huhu sebatan berbisa... cukup membuatkan aku serik dan tak balik lewat lagi. Tapi disebalik tu mak juga seorang yang kelakar dan suka membuat kami gembira dan rasa bahagia walaupun kehidupan kami agak susah pada masa tu. 


Kebiasaannya mak akan memasak ala kadar untuk mengalas perut kami adik beradik. Setiap hari sambal ikan bilis cicah pucuk ubi atau sayur kangkung dan bayam yang menjadi makanan kami. Adakala diselang seli dengan ikan masak asam, maklum le orang Melaka memang terkenal dengan masak asam pedasnyer... Yang paling aku suka lauk 'sambal tahi minyak' fuhh memang sedap giler... 




Sekadar gambar hiasan. (sambal tahi minyak)




                                                    Sekadar gambar hiasan (sambal petai)


Era 60an hingga 80an merupakan era dimana ekonomi Malaysia pada masa itu tidak seperti sekarang. Pada masa itu nak makan makanan yang special memang payah nak dapat dan sukar kami rasai. Kalau nak makan ayam tu rasanya setahun 2 kali je baru dapat rasa iaitu pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Pada masa tu semua orang kampung pelihara ayam sendiri jadi kalau nak makan ayam terpaksa le kena kejar ayam tu sampai dapat tangkap. Memang riuh sekampung bila kejar ayam nak buat gulai atau rendang hehe... kalau ayam kami banyak baru le dapat makan ayam selain pada hari raya tadi. Kami ada juga pelihara kambing dan itik nila sikit-sikit.

Pengalaman membuat kerja-kerja sawah memang mengujakan tapi memandangkan waktu tu aku yang paling kecil maka aku hanya membantu sedikit-sedikit sahaja. 

Bermain lumpur di sawah adalah biasa bagiku, jika tidak kerana lintah yang banyak terdapat di sawah kami memang aku suka ke sana tetapi dek kerana itu aku membuat alasan untuk tidak bersama-sama adik beradikku yang lain membersihkan dan mencabut rumput di sawah.... hehe
Adakalanya aku terpaksa juga meredah lintah-lintah yang sentiasa menjenguk aku bila aku 'mengubah padi'. huh ...seksa betul rasanya. Hingga kini aku fobia dengan lintah dan pacat.



                                                               Sekadar gambar hiasan.


Pengalaman semasa kecilku memang boleh dikatakan seronok jugalah sebab jadi jaguh kampung kononnya. Sawah padi menjadi sebahagian dari hidup kami sejak kecil dan kami hidup bergelumang dengan lumpur sawah. Yang bestnyer bila balik dari mengubah padi aku, abangku dan sepupuku yang lain akan terus ke tali air untuk mandi manda. Memang best sangat ler bila dapat berenang kat tali air yang dipenuhi dengan rumput air tu. Tapi aku ni memang sampai sekarang tak pandai berenang sebenarnya haha jadi dikira aku ni 'berendam' je le dalam tali air tu... Bila pokok padi semakin membesar dan mula 'membunting' apalagi kami ler yang tukang cabut umbut padi yang lembut tu dan makan, memang sedap sangat makan bunting padi ni tau. Kadang tu sampai kenyang aku makan umbut padi tu, memang  fresh sedap lemak manis.



                            Sekadar gambar hiasan (ni dah jadi padi muda sedap buat empeng padi)

Bila dah masuk musim panas dah time menyabit padi pula. Masa ni sawah dah kering, tanah sawah pun dah merekah retak seribu, Kalau time menyabit ni aku suka sebab sawah dah kering dan lintah pun dah takde jadi takde masalah la aku nak ke sawah. Masa ni angin kuat dan orang kampung gelar "angin utara". Padi yang dah sabit tu kami longgokkan dekat dengan 'banting padi'. Baba pun dengan sekuat tenaganyer akan 'membanting padi' yang masak tu dalam tempat 'banting padi'. Mak pulak akan bantu untuk 'anginkan' padi yang dah banting tu untuk asingkan padi dengan kulit padi yang kosong. Siap bersiul-siul panggil angin hehe memang seronok sungguh kehidupan masa ni.



                                                                Sekadar gambar hiasan.

Okay rasanya cukup setakat ini dulu aku bercerita tentang masa kecilku, nanti akan disambung lagi Inshaallah. 

Jumaat

21/10/2016


Wednesday, May 4, 2016

Bismillah 5


















Masyaallah Subhanallah .....

Begitu besar keagungan Mu ya Allah....


Rabu
4 Mei 2016
4.20 pm




















Old Town Of Lijiang Yunnan China Disember 2019

Disember 2019 di Old Town Of Lijiang Yunnan China. Masa ni awal musim sejuk tapi cuaca dah cukup sejuk siang antara 6C - 7C dan malam hingga...