Tuesday, November 22, 2016

Selamanya Cintaku Untukmu

Selamanya selalu disisiku
Berjanji kita akan bertemu semula
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kita...... dua jasad berbeza tapi hati berdegup menjadi satu
Jadilah milikku selamanya
Jangan pernah tinggalkan daku
Engkaulah senjaku
Keranamu dan untukmu hatiku pedih

Dan hanya kamu yang bisa mengurangkan kesakitan itu
Aku hanya ada satu permintaan
Jadilah milikku selamanya
Dan jangan pernah tinggalkan daku

Kedua-dua duniaku ada didalam pelukanmu
Kemana kau pergi disitulah syurgaku
Jika api keinginan ini membara
Ia membara dari semua penjuru
Aku berdoa agar api ini tidak merebak jauh

Kaulah keinginanku
Aku mencintaimu adalah kata-kata didalam bait puisiku 
Akulah iramamu
Aku dahaga hanya untukmu
Di dalam darahku terus begini seperti memabukkan
Penuhi keinginan cintaku ini
Jadilah milikku selamanya
Dan jangan pernah tinggalkan daku

(Petikan lagu puisi cinta)
5.30 ptg
22/11/2016
Selasa



https://www.4shared.com/mp3/F8FUeeyBce/DiwaleJanamJanam.html

Friday, November 18, 2016

Mendung Cuaca

Dirembang petang Jumaat ini
Bersama titisan renyai hujan
Bersama sejuknya musim yang hadir
Bersama mendungnya situasi sekitar
Begitu indah ciptaan Mu Tuhan

Dirembang petang Jumaat ini
Aku menyaksikan berbagai tingkah laku manusia
Mengejar dan berusaha untuk kehidupan
Selaku insan layaknya mereka
Itu sebenarnya kehidupan

Aku bersyukur padaMu Tuhanku
Aku bersyukur di atas segala nikmat pemberianMu
Terlalu banyak nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku
HambaMu ini yang banyak dosa ini
Meskipun begitu kasih sayangMu tidak pernah berbelah bagi
Tetap memberikan rezekiMu seluas-luasnya


Petang Jumaat
18/11/2016
Jam 5.33ptg

Friday, November 11, 2016

Dalam Renungan Itu

Dalam renungan itu
Dalam redup mata yang resah
Menggambarkan seribu rasa
Yang tidak dapat dizahirkan
Rasa rindu yang dalam
Tiada perkataan sebaik rasa hendak ku suratkan daripada yang tersirat
Dalam renungan mata berkaca
Terluruh jua gerimis malam
Saban hari dan waktu sunyiku
Dan dalam erat pelukan angin malam ini
Membuat resah tidurku dek kerinduan mencengkam
Kenapa aku jadi begitu....

Khamis malam Jumaat yang berkat
10 November 2016
Jam 12.50

Sunday, November 6, 2016

Pengaduanku padaMu

Tuhanku....
Tika dinihari ini aku masih tidak dapat melelapkan mata
PadaMu ku mengadu dalam sujudku yang panjang
Menghela tarikan nafasku dalam sujudku terasa betapa kerdilnya aku
Betapa lemahnya aku sebagai seorang insan
Betapa lelahnya aku menghadapi ujianMu tuhan

Tuhanku
Ampuni aku hambaMu yang berdosa
Begitu tangan-tangan insan menghukumku
Namun aku yakin dan pasti setelah sekian lama yang Engkau tunjukkan
Dia yang aku cintai dalam ratap tangisku padaMu
Dan sesungguhnya aku yakin dengan sebenar-benarnya
'Tidak ada daya upaya melainkan dengan kekuasaanMu yang Maha Besar'
Aamiin ya Rab...

2.05pg.






Kenangan terindah 3

Hari Sabtu malam Ahad ni nampaknya memori zaman kanak-kanak muncul lagi dalam benak fikiranku. Macam komputer bila dah save dalam memori tu bila-bila masa kita boleh compile balik.

Masa era 70an dulu kami orang kampung semua memasak menggunakan dapur kayu. Dapur kayu tu baba buat sendiri. Orang kampung yang lain pun macam tu juga. Dapur kayu tu berbentuk empat persegi dan sebesar meja berukuran 1meter x 1meter. Ada dua tungku bermaksud boleh masak pada 2 tempat sebelah menyebelah.


Masa tu aku kecil lagi jadi aku tengok jelah mak guna dapur kayu. Masa kecil banyak juga aku habiskan masa bersama nenek yang kami panggil 'mak o'. Mak o ni nenek aku sebelah mak. Mak O pun memasak guna dapur kayu. Masakan mak O memang sedap kalah masakan mak. Sori mak jangan marah ☺. Tapi memang masakan mak O sedap. Yang paling aku suka sambal tai minyak.

Pergh masih terasa dan teringat-ingat rasa masakan tu. Mak O masak apapun semua sedap, memang air tangan orang tua ni masak dengan kasih sayang melalui hati sebab tu rasa masakan tu pun pergi ke hati juga.






                                        Inilah nenekku sebelah mak yang aku panggil Mak o.



Kat kampung kami masa tu ada hutan pokok gelam. Banyak sungguh pokok kayu gelam masa tu. Kayu gelam tu kami jadikan kayu untuk memasak. Yang bestnyer bila tiba masa nak cari kayu gelam tu aku mesti ikut nenek, mak, mak sedara dan sepupu sepapat semua redah hutan potong pokok kayu gelam. Pokok kayu yang dah ditebang tu diikat dan dilepaskan dalam sungai untuk buat 'kayu hanyut'. Kami yang kecik kecik ni bukan main suka lagi time ni. Apa taknya masa ni la dapat naik rakit kayu hanyut pokok gelam. Memang best giler. Masa tu juga kami akan cari paku pakis untuk dibuat lauk memang sedap. Masa kecik ni selalu juga kami makan lauk ni.


Seharian lebih banyak masa bersama mak o kat rumah mak o. Selalu tolong mak o dan ikut aktiviti dia. Sayang sangat rindu rasanya.... selalu ikut mak o pergi kerja kat rumah orang tua-tua bersihkan reban ayam, cabut rumput dan bersihkan kawasan situ.


Bila malam kebiasaannya aku akan tidur di rumah mak O temankan mak O tidur sebab atuk kami dah 'takde' masa ni. Antara rumah mak dan rumah mak o tak jauh sekampung je. Jalan kaki je kalau nak ke sana. Masa ni dan cerita ni semua masa aku berumur bawah 12 tahun. Bila tido dengan mak o yang bestnyer setiap malam sebelum tidur pasti mak O akan bercerita hinggalah aku terlelap. Cerita zaman perang Jepun, cerita 7 helai rambut emas, cerita putera raja... banyak lagi la cerita mak O.


Datuk aku sebelah mak pula namanya Ali. Datuk ni asal dari India bangsa Punjabi. Nama asal dia Ramdas. Dia datang ke Tanah Melayu masa tu sebelum merdeka. Dulu panggil Tanah Melayu tapi sekarang Malaysia. Datuk dah meninggal sewaktu adik beradik mak masa kecil lagi dan masa umur mak belasan tahun. So kami memang tak pernah jumpalah gamaknya. Cuma selalu dengar mak o dan mak bercerita tentang datuk. Dari cerita mak o, datuk Ali dah berkeluarga dan ada anak sebelum datang ke sini. Oh rupanya kami ada sedara mara yang tak kenal juga la di India sana. Hrmmm dah tak kenal camana nak jejak kasih kan....






                                                                      Datuk Ali.



Ok la rasanya setakat ni dulu citer kali ni sebab mata pun dah berat. Nanti akan upload gambar atuk dan nenek.


Sabtu malam Ahad

12.39 mlm.





Old Town Of Lijiang Yunnan China Disember 2019

Disember 2019 di Old Town Of Lijiang Yunnan China. Masa ni awal musim sejuk tapi cuaca dah cukup sejuk siang antara 6C - 7C dan malam hingga...