Sunday, May 3, 2015

Matlamat Persinggahan

Dunia hanya persinggahan sementara
Tapi dek keindahannya ramai yang terleka di sini
Aku dan dia juga pastinya
Ramai yang hanyut di sini di tempat ini
Aku dan mereka juga pastinya

Kembali persoalan menerjah diri
Apakah matlamat yang dicari??
Adakah sekadar yang terlihat dan terlintas di hati...
Pengakhiran penceritaan yang kian tandus
dan dilupakan..

Dunia menipu daya memperindah perhiasannya
Hati mana yang tidak terpegun melihatnya
Hati mana yang tidak teruja menggapainya
Hati mana yang tidak terleka menikmatinya
Sehingga alpa pada matlamat dan tujuan asal

Dunia bergelut kekejaman kekerasan
Berbunuh bunuhan sesama insan menjadi kebanggaan
Kekeliruan kegelisahan kemelut kehidupan
Dengki mendengki khianat mengkhianati
Kecelaruan fikiran jatuh menjatuhkan
Menjahanamkan!!

Epilog kehidupan yang mencerminkan keimanan
Berjalan dan berlari tetap di atas landasan
Merangkak dan kembali bangkit jatuh
Namun tetap di garisan..

Kembalikan keteguhan keimanan
Kembalikan kekuatan kerohanian
Kembalikan kemantapan amal
Kembalikan ketinggian budi
Kembalikan kesedaran hati
Kembalikan kesejahteraan diri
Kembalikan....kembalikan kesemuanya

Wahai insan.....kembalilah kepada Tuhanmu
Jadikan bumi ini alat untukmu mencapai matlamat
Itulah Syurga Firdausi
Itulah matlamat kehidupan kita diciptakan....

Nukilanku pagi Ahad
3 Mei 2015
9.20pg

No comments:

Old Town Of Lijiang Yunnan China Disember 2019

Disember 2019 di Old Town Of Lijiang Yunnan China. Masa ni awal musim sejuk tapi cuaca dah cukup sejuk siang antara 6C - 7C dan malam hingga...