Friday, April 24, 2015

Kepastian Tercabar

Kebosanan adakalanya menerjah
menerjah hati ini dan jiwa ini
kenapa???? sebuah pertanyaan yang sukar dijawab
atau persoalan yang tiada jawapannya.....

Perjalanan masa yang tiada noktahnya
Penantian yang tiada akhirnya
Persoalan yang tiada jawapannya
Pertanyaan yang tiada garis pemutusnya....

Aku masih di sini....berdiri di sini
menanti ketetapan masa
menanti sesuatu yang belum pasti
adakah benar....ataukah tidak....

Namun yang pasti bagiku
sesuatu yang telah kujangkau
sesuatu yang telah kutempuh
sesuatu yang harus kuharungi...

Kucuba fahami ...kucuba pelajari
namun adakalanya aku tewas
sukar bagiku memahami dan sukar bagiku pelajari
kenapa????
adakah aku sahaja yang perlu memahami???
bergelodak dibenak fikiranku....

Yang pasti 'kebosanan' adalah rasa
naluri yang pasti ada dalam setiap insan
perasaan yang diciptakan oleh Yang Maha Pencipta
tak terlari dari garis selagi keimanan bertakhta

Aku bersyukur padaMu ya Rabb
segala pemberian nikmatMu yang tak terhitung
tak terhitung dengan angka dan segala
moga dipermudahkan segala urusan duniawi dan ukhrawi...
aamiin ya Rabb...

Pagi Jumaat 8.21 am
24 April 2015














No comments:

Old Town Of Lijiang Yunnan China Disember 2019

Disember 2019 di Old Town Of Lijiang Yunnan China. Masa ni awal musim sejuk tapi cuaca dah cukup sejuk siang antara 6C - 7C dan malam hingga...