Thursday, September 19, 2013

BERKENAAN NAFSU....



"  Jagalah nafsumu baik-baik walaupun ia telah berlegar dalam 

ruang ketaatan, kerana bila ia sudah menguasai suasana, ia akan 

memesongkan tujuan ketaatan.  Maka janganlah engkau lengah 

dari menguasainya.  Berapa banyak ia telah menipu orang.  Ia 

menyajikan makanan yang kelihatan segar, padahal didalamnya 

ada racun yang membunuh, bukankah racun selalunya diletakkan 

pada makanan yang sedap-sedap  "


Pesan Imam Busiri Rohimahullah Ta'ala.

11.29 MALAM JUMAAT YANG BERKAH


Monday, September 9, 2013

Surah Al-Fatihah Dan Terjemahan

1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus.
7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.




Thursday, September 5, 2013

PERJALANAN INI


Sebuah perjalanan yang tiada bernoktah
Di sini....di dunia ini
Jalan dan terus berjalan
Sehinggakan adakalanya kita alpa
Terlalai dan terleka
Dek keindahan dan keseronokan dunia sementara

Di sini....di dunia ini
Pelbagai ragam warna dan corak
Pelbagai rasa manis pahit menggila
Semuanya kutelan jua
Kerana kutahu perjalanan ini
Hanya laluan, hanya laluan yang telah ditetapkan

Kematian pula adalah perhentian sementara 
Persinggahan dan pertukaran tempat
Di situ.... tidak tahu dan tidak tahu
Apakah nasib yang menunggu
Adakah taman-taman syurga
Ataukah lubang-lubang neraka

Nukilanku; 12.21 am
Malam Jumaat yang berkah....Aamiin

Old Town Of Lijiang Yunnan China Disember 2019

Disember 2019 di Old Town Of Lijiang Yunnan China. Masa ni awal musim sejuk tapi cuaca dah cukup sejuk siang antara 6C - 7C dan malam hingga...