Sunday, June 30, 2013

Hembusan Kasturi: Bisikan Hati Rintihan Di Malam Hari

Hembusan Kasturi: Bisikan Hati Rintihan Di Malam Hari: Di kala malam yang sunyi sepi bani insan tengah tenggelam dalam tidur dan mimpi musafir yang malang ini tersentak bangun pergi membasuh d...

Saturday, June 29, 2013

Bisikan Hati Rintihan Di Malam Hari



Dikala malam yang sunyi sepi
bani insan tengah tenggelam dalam tidur dan mimpi
musafir yang malang ini tersentak bangun
pergi membasuh diri
untuk datang mengadap Mu Tuhan.

Lemah lututku berdiri di hadapan Mu
sedu sedan tangisku keharuan
hamba yang lemah juga mendekat
bersimpuh di bawah duli Kebesaran MU.

Tuhan
Hamba tidak tahu pasti
bagaimana penerimaan Mu
dikala mendengar pengaduan hamba
yang penuh dosa dan noda ini

Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan
Engkau berjanji untuk sedia memberi menerima pengaduan
dan sudi memberi keampunan
Dan Muhammad Rasul Mu yang mulia itu
ada mengatakan:
Ampunan Tuhan lebih besar dari kesalahan insan
hamba percaya pada tutur kepastian itu
sebab itu hamba datang wahai Tuhan
bukan tidak redha dengan ujian
cuma hendak mengadu pada Mu
tempat hamba kembali nanti
memohon sakinah, maghrifah dan mutmainnah.



sedutan sajak sufi Imam Al-Bukhari






Friday, June 28, 2013

Harta Sepencarian



Kitab At-Turuq al-Hukmiyah karya Ibnu Qayyim al-Juziyyah mengatakan, dalam tuntutan suami isteri membabitkan harta sepencarian, tuntutan hendaklah berdasarkan keterangan pihak yang membuktikan tuntutan itu.  Harta sepencarian mengikut syarak ditafsirkan sebagai pemerolehan harta sepanjang tempoh perkahwinan sama ada membabitkan harta alih atau tak alih dan pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung.


Tuntutan biasanya ditimbulkan oleh isteri atau bekas isteri apabila membabitkan sumbangan mereka sepanjang tempoh perkahwinan sama ada secara tak langsung misalnya urusan menguruskan rumah tangga. Sumbangan secara langsung misalnya isteri mengeluarkan modal terutama dalam bentuk kewangan untuk mendapatkan harta dalam tempoh perkahwinan. Begitu juga jika satu pihak itu meninggal dunia, pasangan akan meminta harta itu dibahagikan dulu sebagai harta sepencarian sebelum diisytihar sebagai harta pusaka.



Pemilikan ke atas sesuatu harta bukan berdasarkan kepada nama atas harta itu semata-mata kerana nama tertera belum membuktikan dia pemilik sebenar. Kenyataan itu dibuat dengan maksud adalah satu kezaliman jika hak milik sesuatu harta hanya diambil kira berdasarkan nama atas harta itu semata-mata sedangkan pihak satu lagi mungkin menyumbang cuma namanya tidak dinyatakan ke atas harta berkenaan.



Rasional keharusan pembahagian harta sepencarian menunjukkan pengiktirafan syarak terhadap hak, habuan dan pemilikan pihak berusaha mendapatkan harta itu sepanjang perkahwinan. Hukum harta sepencarian tidak dinyata secara jelas. Cuma pembahagian itu dibuat bersandarkan kemaslahatan pihak atas prinsip keadilan dan hak.



Pembahagian harta sepencarian ke atas seorang isteri ditentukan setakat harta yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan.



Ini termasuk sumbangan isteri menguruskan rumah tangga, menjaga anak, melayan suami, menyebabkan suami merasa kehidupan yang tenang dan dapat menumpukan kerjaya sehingga suami dapat memperoleh harta dalam tempoh perkahwinan mereka. 



Seksyen 122 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 (EUKIS 2003 menetapkan: Mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintah supaya aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama dibahagikan antara mereka atau supaya aset yang diperoleh pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan dibahagikan antara pihak-pihak itu.


Perbezaan harta sepencarian dan faraid adalah faraid pembahagian harta pusaka yang ditetapkan syarak kepada para ahli waris. Ada tiga golongan ahli waris yang melayakkan mereka menerima harta pusaka, pertama, melalui hubungan keturunan, perkahwinan dan juga wala' (hubungan kekeluargaan). Isteri termasuk dalam golongan waris yang layak menerima pusaka melalui hubungan perkahwinan.



Saturday, June 22, 2013

Khasiat Bawang Putih

Khasiat Yang Terdapat Pada Bawang Putih

1.        Kajian telah membuktikan bahawa bawang putih mengandungi antioksidan dan sebatian sulfur yang disebut Allicin. Ketika bawang putih dicincang dan dihancurkan, sebatian ini berubah bentuk menjadi rasa dan bau. Sebatian Allicin tersebut dianggap sebagai bahan aktif utama yang bertanggung jawab bagi manfaat bawang putih untuk kesihatan. Para ahli menyokong penggunaan bawang putih tua yang terbukti mengandungi konsetrasi tertinggi dari sebatian sulfur yang mudah diserap oleh tubuh.



2.       Satu auns bawang putih mengandungi sekitar 42 kalori, 9 gram karbohidrat, 2 gram protein dan 1 gram lemak. Ia juga mengandungi mangan, vitamin B6 dan vitamin C serta merupakan sumber yang baik daripada thiamin atau vitamin B1, fosforus, selenium, kalsium, potasium, zat besi dan tembaga.


3.        Bawang putih ini sering disyorkan untuk menjadi alternatif suplemen kesihatan bagi pesakit kolesterol tinggi, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan mencegah kanser, seperti kanser perut atau usus. Walau bawang putih dianggap mempunyai kandungan toksisiti (zat beracun) yang rendah, namun ada perkara yang patut diwaspadai ketika menggunakannya, kerana boleh mengganggu keadaan perut, pernafasan dan bau badan, sakit ulu hati dan kembung.


4.    Bawang putih juga dikatakan membantu mengawal tahap gula dalam darah. Penggunaan terapeutikekstrak bawang putih tua secara teratur dan berpanjangan menurunkan paras darah dan menunjukkan pencegahan sesetengah komplikasi diabetes . Mereka yang mengambil insulin tidak harus mengambil  bawang putih tanpa berunding dengan doktor terlebih dahulu.


5.     Bawang putih digunakan sebagai ubat jangkitan (terutamanya masalah dada), gangguan pencernaan, dan jangkitan kulat. Bawang putih boleh digunakan sebagai penyah-jangkitan kerana sifat bakteriostatik dan bacteriocidal.


6.      Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah,menghalang pertumbuhan bakteria dan digunakan sebagai antibiotik semulajadi.


7.     Bawang putih didapati boleh mencegah selesema biasa.  Ciri ciri antivirus dan antibakteria memungkinkan ia menjadi sebab mengapa bawang putih bermanafaat untuk selsema. Bawang putih mentah dimakan untuk mengurangkan sakit selesema.






Wednesday, June 19, 2013


Sabda nabi Muhammad s.a.w, "belajarlah al-quran serta bacalah kerana perumpamaan al-quran bagi orang yang mahu belajar,membaca dan melaksankannya adalah seperti 1 bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat.   Dan perumpamaan orang yang mahu memperlajarinya dan ia lupa  (mengamalkannya),  maka di hatinya seperti ada 1 bekas wangian kasturi yang masih tertutup." (Riwayat at-Tarmizi)

Pokok Kasturi


Pokok Kasturi
   

Pokok Kasturi merupakan pokok yang malar hijau yang tumbuh di selatan Asia. Nama saintifiknya dalah Abelmoschus moschatus / Hibiscus abelmoschus L

Pokok Kasturi merupakan pokok haruman dan perubatan dalam keluarga Malvaceae, yang merupakan pokok tempatan di India. Biji benihnya mempunyai bau wangi, bunga, berat seperti musk. Sungguhpun ia berasal dari kawasan tropika ia tahan sejuk fros.

Dikenali juga sebagai pokok kapas hantu. Ubi, buah dan pucuk pokok kasturi boleh dimakan. Bijinya mengandungi minyak 'fatty musky' dan mempunyai bauan amber. Ia berguna dalam pembuatan minyak wangi.

Biji benih pokok ini mempunyai aroma harum yang dikenali sebagai grani moschi. Bijinya juga dimasukkan ke dalam kopi Arab sebagai penambah rasa. Biji benihnya juga boleh digunakan untuk merawat sakit tekak/ sakit kerongkong. 

Daun dan akar digunakan untuk merawat penyakit gonorrhea. Ia juga baik untuk penghadaman dan penyegar nafas. Selain itu, ia dikatakan mampu mengatasi kekejangan, masalah peredaran darah, sakit sendi, dan berfungsi sebagai aromaterapi. Ia juga dianggap racun serangga dan afrodisiak. Lendir daripada akar pokok ini digunakan dalam industri pembuatan kertas dan bunganya dicampur bersama tembakau untuk memberi aroma dan perisa bunga.

              


Tuesday, June 18, 2013

Hembusan Kasturi

Telah berkata Sultan Wali-wali ('Arifin), Jalaluddin As Suyuti rahimah Ullah: "Barangsiapa orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi s.a.w. niscaya Allah Ta'ala akan menghilangkan dan menjauhkan kemarau, kecelakaan, bala, penderitaan, kebencian, hasad, kejahatan dengki terhadap ahli-ahli rumah itu dan apabila ia mati maka Allah Ta'ala akan memudahkan dia menjawab akan soalan-soalan Munkar dan Nakir dan akan mendapat tempat bersama orang-orang yang benar di sisi Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Besar kerajaanNya."

Dan ia berkata lagi: "Tiada sebuah rumah atau masjid atau tempat dibaca di dalamnya akan Maulid Nabi s.a.w. melainkan malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu dan Allah Ta'ala akan melimpahkan rahmatNya kepada mereka dan malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti dan Jibrl dan Mikail, Israfil, Quryail, Ainail dan lain-lainnya mendoakan kebaikan sesiapa yang menganjurkan dan menyebabkan adanya majlis bacaan Nabi s.a.w."

(Sumber: Kitab Hembusan Kasturi oleh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi)

Monday, June 17, 2013

Old Town Of Lijiang Yunnan China Disember 2019

Disember 2019 di Old Town Of Lijiang Yunnan China. Masa ni awal musim sejuk tapi cuaca dah cukup sejuk siang antara 6C - 7C dan malam hingga...